Selami Fantasi Seks Wanita
Wanita yang berfantasi seks ketika
terangsang dikatakan lebih mudah untuk mengalami orgasma. Berikut
adalah sebahagian daripada imaginasi wanita tentang seks. Apa yang
pasti ia tidak ekstrem seperti imaginasi golongan lelaki :

Bersifat Umum
Lelaki
lebih memfokuskan fantasinya kepada aktiviti dan organ tubuh.
Sementara fantasi seks wanita pula selalunya lebih bersifat umum.
Mereka jarang menggambarkan fantasi seks mereka secara detail seperti
lelaki.
Fokus Pada Seorang Saja
Bagi
wanita fantasi seksnya adalah dengan orang yang paling dicintainya.
Cuma yang berbeza adalah tingkah laku dalam fantasinya dan perkara
inilah yang dikatakan mungkin lebih liar daripada lelaki.
Lokasi Romantis
Antara
perkara yang selalu dibayangkan wanita adalah imaginasi seks mereka
adalah tempat yang eksotik dan romantik seperti pulau nan indah, bilik
yang cantik, bunga-bungaan, sinar bulan dan sebagainya.
Pasif
Wanita
lebih menyukai fantasi di mana mereka bertindak sebagai penerima dan
membiarkan diri mereka diperlakukan oleh pasangannya. Tidak seperti
lelaki, mereka lebih suka melakukan adegan seksual pada objek seksual
yang dibayangkan dan selalunya adalah agresif dan di luar jangka.
Bersifat Emosional
Fantasi
wanita lebih bersifat emosional, intim dan menghormati pasangannya.
Fantasi wanita ditekankan pada sentuhan, perasaan dan respons pasangan.
0 org bosan:
Post a Comment